Monday, May 21, 2012

off > untuk seketika

'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.' (Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allahu a'lam.

>melewati hari demi hari,pelbagai pengalaman ku terima.Sebelum melangkah "pergi",ada satu short plan yang harus direalisasikan.Doakan usaha kecil itu dipermudahkan wahai sahabat (^_^) terima kasih.



>doakan perjalanan pergi dan pulang saya dan keluarga selamat ye.syukran (^_^)

Thursday, May 17, 2012

terkini,(^^)

1)off to Pahang , mengiringi pelajar-pelajar ke Kursus Lab Minda , di bawah pengurusan Pusat Keusahawanan UniSZA.

2)minggu depan ke Shah Alam seterusnya terbang ke Kedah.

Alhamdulillah , rezki dan peluang tika praktikal . insyaAllah , sebelum Ramadhan siap edit skrip . Allahu yusahhil 'alaikum . nantikan :D

Tuesday, May 15, 2012

put your trust > Allah

Alhamdulillah,akhirnya tamatlah 3 hari ana khatam novelet karya novelis kegemaran. Susunan ayat - ayat cintanya sangat menarik . Mengambil pendekatan melalui tarbiyyah melalui penulisan , ana dapat rasakan keikhlasannya berkarya. Seorang ibu , pensyarah , isteri , anak dan lain-lain adalah tanggungjawabnya.
Adakah ana mampu menjadi sepertinya?@_@

Syukur kerana 3 bulan berpraktikal di sini , berada dalam pengawasan orang kepercayaan mak abah iaitu Cik N dan Uncle Y , adik kepada mak. Pergi kerja dihantar , balik pula kadangkala berjalan kadangkala teman praktikal , Sha baik hati menghantar ana pulang. Alhamdulillah.

Minat mengumpul novel Islamik mahupun penulisan akademik telah sebati sejak kecil.Memandangkan koleksi telah bertambah , ana mahu mencuba buat kali kedua.Menulis?Ya , sekarang telah separuh skrip novelet ana tulis,hasil perbincangan dari seorang sifu yang hebat dalam penulisan.InsyaAllah , akan siap sepenuhnya sebelum Ramadhan.

Kenapa target sebelum Ramadhan?Kerana bulan mulia itu ana mahu menghargai setiap detik yang Allah kurniakan.Istimewanya , Ramadhan kali ni , keluarga juga akan menyambut kedatangan pejuang agama yang dinantikan.Ana sendiri tidak mahu tahu jantina anak buah sulung ini kerana lebih sukakan surprise.Dalam tak sedar, rupanya sudah ada pengalaman membeli keperluan bayi dan ini semestinya didikan bonda tersayang. :D

Hampir menitis air mata tatkala melihat seorang pak cik tua khusyuk menyapu halaman sekolah.Umurnya dalam 50-an , lebih kurang dengan abah yang juga masih bekerja.Allah,izinkan aku menjadi anak solehah dan permata berjasa pada kedua orang tuaku.ameen.

Bermula Khamis ini , jadual bekerja agak padat memandangkan akan mengiringi para pelajar ke program di luar negeri Terengganu.Harus siapkan report 3 bulan pertama sebelum supervisor datang!


cebisan "nota cinta" mengisi novelet pemberian Ukhti Ain.jzkk ya ukhti (^^)

-sukacita nak kongsi hasil bedah buku saya mengenai novelet terbaru ; Cinta High Class. Tertarik dengan watak Dr Muslih dan Qan'iah Syumaila yang sangat mengutamakan Allah dalam apa jua urusan.Buat bakal peneman nafasku yang masih belum ku ketahui dirimu,cukuplah Allah menjagamu.Mari sama-sama berusaha perbaiki diri untuk jadi pemimpin bagi keluarga yang diredhai Allah.

-moga setiap hela nafas diredhai Allah dan kembali kepadanya dalam keadaan bersedia dan hati yang sejahtera.ameen.



impian wanita itu





gambar 1 : sejak sekian lama memasang hajat ke sana , Tanah Suci Kota Mekah.
gambar 2 : gambar lilin dalam bentuk rama - rama . mahu sambung bisnes kakak , jadi tokey coklat (^^)
gambar 3 : sedang menghabiskan novelet kiriman dari sahabat ana.Alhamdulillah , dia hadiahkan buku yang memang ana nantikan . jzkk Kak Ain.

dan


refresh balik niat di setiap impian.sekarang , baru mendaki tangga pertama .
Moga Allah permudahkan segala impian .Ameen.

- mari terus berusaha , berusaha , berusaha dan berdoa seterusnya bertawakal. indahnya hidup bersulamkan IMAN.

Monday, May 14, 2012

melangkah lebih jauh

" berfikir sejenak sebelum berkata atau melakukan tindakan adalah tindakan paling bijak agar terhindar dari kesilapan yang bisa membuatkan hati-hati terluka "

" walking around , have a nice journey "

Allah ada bersamaku. (^_^)

p/s :

1) bekerja di luar daerah bermula minggu ini.
2) fokus apa yang ada depan mata
3) hargai masa yang sedang anda lalui kerana ia takkan berulang kembali.

Tuesday, May 1, 2012

perjalananku kini

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera .

Sudah lama tidak mencoret sesuatu yang panjang di sini . Sejak berpraktikal,masa yang ada tertumpu pada kerja dan pulang ke rumah mestilah mahu berehat secukupnya .

Kadangkala , keperluan bekerja pada hujung minggu mula menjadi rutin harian di sini.Syukurlah,rumah mak cik yang saya tumpangi sangat dekat dengan masjid UNiSZA . Bangun awal pagi alhamdulillah kedengaran  azan Subuh.

Officemates juga baik dan banyak membantu.Bila dah kerja , barulah saya 'faham' dengan sebenar-benarnya erti penat mak abah mencari rezeki untuk kami seramai 10 beradik.

Alhamdulillah , akhirnya saya diterima sebagai editor Nasyidkini di Nasyidfm Media Network . Syukurlah , pengalaman di sini harapnya dapat saya gunakan dengan sebaik-baiknya .

Mahu sambung master atau bekerja? Saya tiada jawapan untuk soalan itu . Hanya mohon kalian doakan yang terbaik dan kejayaan mengiringi saya di pengakhiran nanti insyaAllah , ameen.

1) dah lama tak bersahabat dengan mikrofon , akhirnya jadi MC untuk satu majlis di sini . nampaknya ,saya memang tidak berminat untuk terus bersahabat dengan cik mikrofon sebab dah jatuh cinta dengan dunia penulisan . hehe

2) menanti orang baru julai 2012 . dah lama tak dengar suara baby kat rumah . ( ^^)

3) mahu pakai jubah konvo buat kali kedua dan raikan dengan famili , insyaAllah.

4 ) masih mempertimbnagkan mahu re-open kedai coklat atau tidak.

-moga dipermudahkan setiap urusan . Allahumma ameen (^^)

Thursday, April 26, 2012

Langkah pertama -NK

Alhamdulillah,hari ni,rasminya jadi sebahagian dari team Nasyidkini.

Editor Nasyidkini yang berada di bawah pengurusan Nasyidfm Media Network.

*mengejar masa untuk menyiapkan sesuatu sebelum bercuti.sabar ya sahabat seperjuangan :)

*terima kasih pd Nasyidfm kerana memberi kepercayaan dan amanah untuk saya.